***KOPI TERMAHAL DI DUNIA ***
Asslamualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi cerita sikit tentang kopi.
Kebanyakan orang mulakan hari mereka dengan kopi.
Kopi merupakan minumaman yang paling digemari di dunia.
Kopi juga kaya dengan kandungan nutrisi.
Minuman ini juga mampu menghilangkan kesakitan otot,
menggalakkan prestasi badan, membantu mengurangkan berat badan,
meningkatkan metabolisme glukosa ke tahap normal dan membakar
kalori di dalam badan. Mungkin korang tertanya-tanya tentang jenis kopi termahal di dunia. Antara kopi termahal di dunia ialah:
· KOPI YAUCO
Kopi yauco diusahakan di kawasan Yauco, Puerto Rico. Ia terkenal kerana rasanya yang enak dan berbau coklat manis, kekacang serta mentega. Bagaimanapun, bau manis itu hilang apabila ia dihidangkan kedalam cawan kerana rasanya yng kompleks dan klasik itu dihasilkan dalam jumlah yang amat terhad. Kopi tersebut boleh dinikmati dari harga RM100 setiap kilogram.
· KOPI HACIENDA LA ESMERALDA
Pokok kopi jenis ini tumbuh di kawasan Guava (bukan buah yer..), dalam Hacienda La Esmeralda dan kebanyakkannya tumbuh di cerun bukit Boquete, Panama Barat.rasa kopi tersebut dihasilkan melalui proses pemilihan biji kopi yang teliti menjadikan kopi tersebut sebagai kopi kedua temahal di pasaran. Kopi ini berharga RM490 setiap kilogram.
· KOPI FAZENDA SANTA INES
Kopi ini pernah dinobatkkan sebagai kopi paling diminati dan ia berasal dari Minas Gerais, Brazil. Biji kopi tersebut dihasilkan dengan teliti melalui proses pemilihan biji kopi yang kemudiannya dibersihkan, manakala isi biji kopi itu dijemur bagi menghapuskan bacteria. Kopi Fazenda Santa Inesjuga dihasilkan dalam jumlah kuantiti yang amat terhad dan rasanya enak dengan sentuhan biji kopi bersama buah lemon dan cengkih. Harganya ialah RM240 sekilogram.
okla sampai sini sajalah.... kalau nak ketahui lebih lanjut korang boleh la cari kat internet ye... bye2



0 comments:
Post a Comment